Sunday, December 9, 2018

Tolong Jangan Gelak

Tolong jangan gelak, 
Jangan gelak bila aku bercerita
Bukan tagih simpati
Cuma perlu teman berbicara
Tahukah kau 
Wujudnya manusia
Yang mempunyai timbunan rasa risau tentang dirinya?

Tolong jangan gelak, 
Jangan gelak bila aku bercerita
Bukan aku harap agar kau percaya
Cuma tahukah kau
Setiap orang itu berbeza
Ada kadang kasih tak terasa?

Tolong jangan gelak,
Jangan gelak bila aku bercerita
Jadilah orang pendengar setia
Kadang kau tak tahu apa guna
Rasa puas punya tempat luah rasa

Tolong jangan gelak,
Jangan gelak bila aku bercerita
Kadang kau tak cakna keadaan semasa
Harap tak hilang orang di depan mata.

Written by, Nurzafira Sabrina.

No comments: